SEKELUMIT PANDANGAN ILMU SYARIAT HAKIKAT TARIKAT & MAKRIFAT.
Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu
yang sangat khusus dan amat berbeda disegi pendekatan dan sumber perantara ilmu
itu.
Perbedaan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu.
Mereka sebenarnya “betul” dalam bidang masing-masing. Sebagaimana berlaku
antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau
tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan
ilmu Syariat yang beliau tahu.
Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu
Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan
bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun
Kembali rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi.
Perbuatan ini amat bersebelahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar,
Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khaidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah
sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir
berbuat demikian karena pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh
kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang
solleh. Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa.
Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merusak kapal yang ditumpanginya
supaya tidak dirampas oleh Raja yang dzalim di pelabuhan yang mereka akan
singgahi. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.
Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan
ilmunya.
Seperti juga berlaku pada Halaj, seorang wali Allah. Ia dihukum mati karena
dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq’. Pada pandangan Feqah
(ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum mati. Setelah kepalanya
dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan “La ila ha illa llah”
dipermukaan tanah. Dalam hal ini, ahli Syariat yang menghukum tidak bersalah
dan Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu ‘Zuk” atau
telah fana didalam kewujudan Allah SWT.